Penarafan Bintang (Star Rating)
TUJUAN
Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam
Latar Belakang
- Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya Star Rating dilaksanakan.
-
Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
-
Berdasarkan input-input Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 22 Januari 2008 serta pemerhatian Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU semasa melaksanakan penilaian Star Rating, MAMPU telah mengambil langkah untuk memantapkan kriteria penilaian Star Rating kementerian untuk tahun 2008.
Objektif
-
Menilai dan mengukur prestasi Agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
-
Memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;
-
Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, pengurusan kualiti serta amalan terbaik yang telah membawa kejayaan kepada organisasi;
-
Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan Agensi Sektor Awam dalam mengamalkan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2008
Panduan Mengenai Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 4, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p.: Pengarah Inspektorat dan Pengiktirafan)
Nombor telefon: 03 – 8872 5011
Nombor faks: 03 – 8888 3565
Emel: surendran@mampu.gov.my
star_rating@mampu.gov.my
Kemaskini : 9 November 2009
|
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 12 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 12 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No


















