Perkhidmatan Pemantauan Rangkaian ICT Sektor Awam Malaysia (PRISMA)

Pemantauan Rangkaian ICT Sektor Awam (PRISMA) merupakan pusat rujukan keselamatan ICT sektor awam dengan menyediakan perkhidmatan pemantauan keselamatan sistem rangkaian dan aset ICT sektor awam secara masa nyata (real time) dan berterusan 24x7. Mekanisme pemantauan yang dilaksanakan adalah secara terpusat dan menerusi jarak-jauh. PRISMA juga berperanan dalam memberi kesedaran serta meningkatkan pengetahuan keselamatan ICT kepada pegawai-pegawai di agensi sektor awam. 

Perkhidmatan PRISMA:

  • Memantau keselamatan sistem rangkaian dan aset ICT agensi;

  • mengesan ancaman awal pencerobohan siber;

  • memberi notis amaran awal berhubung ancaman pencerobohan kepada agensi dibawah kawalan PRISMA untuk diambil tindakan pengukuhan bagi mengelakan berlakunya insiden pencerobohan;

  • menghantar notis insiden keselamatan serta merta kepada agensi dibawah kawalan PRISMA bagi mengurangkan impak insiden kepada sistem penyampaian Kerajaan;

  • Melaksanakan imbasan ke atas sistem rangkaian dan aset ICT agensi dibawah kawalan PRISMA kerajaan secara jarak jauh bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan (vulnerability) yang wujud serta memberikan cadangan pengukuhan yang sewajarnya; dan

  • menjalankan ujian penembusan (penetration test) secara jarak jauh ke atas aset ICT agensi di bawah pemantauan PRISMA bagi memastikan tahap keselamatan ICT agensi  adalah kukuh.

  • Meramalkan (forecasting) ancaman pencerobohan yang akan berlaku.


MAKLUMAT LANJUT:


Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Pematuhan ICT)

Nombor Telefon : 03-8888 9593
Nombor Faks : 03-88883565
Emel : obaa@mampu.gov.my

Kemaskini : 2 Disember 2009


myGovernment Portal Portal OSCC Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
MyMeeting Knowledge Management MAMPU Biro Pengaduan Awam
PEMUDAH GOE-EGDMS HRMIS
Pelan Strategik MAMPU 2008-2012 Portal Keselamatan ICT MyIdeas : 1Malaysia 1 Million Ideas
Jabatan Perkhidmatan Awam Webmel MAMPU MyID
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my

Tarikh Kemaskini : 12 March 2010


Bil. Pelawat/Visitor No
counter MAMPU