Khidmat Perundingan Keselamatan ICT

MAMPU menyediakan Khidmat Perundingan Keselamatan ICT bagi memantapkan lagi perlindungan keselamatan dan pembangunan infrastruktur ICT Kerajaan. MAMPU menyediakan kemudahan khidmat perunding mengenai isu-isu keselamatan ICT seperti berita, artikel, advisories dan tools yang terkini, penemuan dan pengendalian insiden serta penyediaan dasar dan pengurusan keselamatan ICT.


Secara umumnya Khidmat Perundingan Keselamatan ICT meliputi :

  • pemudah cara di dalam mana-mana bengkel, kursus atau seminar mengenai keselamatan ICT

  • menyediakan pandangan secara bertulis atau dalam talian mengenai isu keselamatan ICT

  • mewujudkan forum dan buletin perbincangan secara elektronik melalui laman khas Portal Keselamatan ICT Kerajaan (GSWP)



Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam


Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam adalah bertujuan untuk membolehkan sektor awam mengukur, menganalisis tahap risiko aset maklumat dan seterusnya mengambil tindakan untuk merancang dan mengawal risiko. Untuk tujuan itu, kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 2005 : Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam bagi memaklumkan kepentingan dan cara melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat di sektor awam.

Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam ini menyediakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik dalam proses penilaian risiko maklumat supaya proses penilaian dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.


Garis panduan ini mempunyai dua bahagian utama iaitu :

  • The Malaysian Public Sector Information Security High-Level Risk Assessment (HiLRA) Guide bertujuan memberi panduan melaksanakan penilaian risiko maklumat untuk mendapatkan gambaran awal tahap risiko yang terdapat dalam sistem maklumat agensi.

  • The Malaysian Public Sector Information Security Risk Assessment Methodology (MyRAM) yang bertujuan menyediakan kaedah bagi melaksanakan penilaian risiko terperinci secara kualitatif terhadap aset ICT seperti ancaman, kelemahan, impak dan kemungkinan berlaku musibah bagi setiap aset dalam skop yang telah dipersetujui.


Peranan dan tanggungjawab

Semua agensi kerajaan hendaklah melaksanakan penilaian umum risiko ke atas sistem maklumat berpandukan kaedah HiLRA. Sekiranya penemuan HiLRA menunjukkan agensi mempunyai tahap risiko aset maklumat yang tinggi maka penilaian risiko terperinci berpandukan kaedah MyRAM perlu dilaksanakan.

Memandangkan teknologi dan keperluan keselamatan maklumat sering berubah, maka agensi-agensi digalak melaksanakan penilaian risiko ke atas aset maklumat secara berkala untuk mendapat gambaran mengenai tahap keselamatan secara berterusan.

Ketua-ketua jabatan hendaklah :

  • memastikan penilaian risiko keselamatan maklumat dilaksanakan,
  • mengambil tindakan susulan bagi mengurangkan risiko maklumat berdasarkan hasil penemuan penilaian risiko yang dijalankan



Pekeliling/Garis Panduan :

Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS)


Surat Pekeliling Am Bil. 6 2005 - Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam



MAKLUMAT LANJUT

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Pematuhan ICT)

Nombor Telefon : 03-8872 5140
Nombor Faks : 03-88883565
Emel : obaa@mampu.gov.my

Kemaskini : 11 Jun 2009

 


myGovernment Portal Portal OSCC Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
MyMeeting Knowledge Management MAMPU Biro Pengaduan Awam
PEMUDAH GOE-EGDMS HRMIS
Pelan Strategik MAMPU 2008-2012 Portal Keselamatan ICT MyIdeas : 1Malaysia 1 Million Ideas
Jabatan Perkhidmatan Awam Webmel MAMPU MyID
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my

Tarikh Kemaskini : 22 March 2010


Bil. Pelawat/Visitor No
counter on iweb