Pengiktirafan Sektor Awam
Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada agensi-agensi dalam sektor awam yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam organisasi atau dalam bidang tertentu. Pemberian Anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Gerakan Budaya Cemerlang. Pemilihan pemenang Anugerah dan Majlis Penyampaian akan dilakukan secara tahunan
Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) merangkumi:
- Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM);
- Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK):
- Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT);
- Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (AKPBT;
- Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah (AKPDT);
- Anugerah Kualiti Pengurusan Projek (AKPP);
- Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA), dan
- Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama di antara Sektor Awam dan Sektor Swasta (AIPB).
Anugerah-anugerah ini diwujudkan dengan tujuan:
Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam;
-
Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi Kerajaan yang telah menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang pengurusan dan peningkatan kualiti serta yang mencapai tahap kepimpinan kualiti yang unggul;
-
Memberi publisiti tentang strategi-strategi kualiti yang berjaya;
-
Menggalak persaingan yang sihat di antara agensi-agensi Kerajaan ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan kualiti; dan
-
Memberi manfaat kepada agensi untuk menilai tahap kecemerlangan agensi masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Maklumat Anugerah-anugerah:
Bil |
Nama Anugerah |
Tarikh Tutup |
1 |
Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) Tahun 2009 | 8 Mei 2009 |
2 |
Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT) 2009 | 8 Mei 2009 |
3 |
Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) |
8 Mei 2009 |
4 |
Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (AKPBT) | 8 Mei 2009 |
5 |
Anugerah
Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah (AKPDT) Tahun 2009 |
8 Mei 2009 |
6 |
Anugerah Kualiti Pengurusan Projek (AKPP) | 8 Mei 2009 |
7 |
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) Tahun 2009 |
8 Mei 2009 |
8 |
Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di Antara Sektor Awam Dan Sektor
Swasta (AIPB) |
8 Mei 2009 |
Senarai Pemenang Anugerah Kualiti Sektor Awam:
Pekeliling/Garis Panduan:
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 7 Tahun 1991Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2006
Maklumat Lanjut:Agensi-agensi yang berhasrat untuk mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi:
Urus Setia Anugerah Kualiti Sektor Awam
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 4, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p.: Pengarah Inspektorat dan Pengiktirafan)Nombor telefon: 03 – 8872 5011
Nombor faks: 03 – 8888 3565
Emel: surendran@mampu.gov.my
akpm@mampu.gov.my
Kemaskini : 3 Mac 2010














Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my
Tarikh Kemaskini : 10 March 2010
Bil. Pelawat/Visitor No



