orange green b
mampu

SEKSYEN PENILAIAN DAN PENARAFAN

  1. Merancang, membangun dan melaksanakan Program Penarafan Bintang bagi agensi sektor awam di bawah kategori:
    i)  Kementerian;
    ii) Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU);
    iii) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri (PSUP);
    iv) Agensi Barisan Hadapan (ABH); dan
    v) Agensi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Strategik Tier-1.
  2. Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi sektor awam mengenai:
    i) Program Penarafan Bintang; dan
    ii) Program Do-It–Yourself (DIY) Penarafan Bintang.
  3. Memantapkan skop, kaedah, formula dan tadbir urus Program Penarafan Bintang; dan
  4. Menganjurkan majlis pengiktirafan penarafan bintang kepada agensi sektor awam.

SEKSYEN PEMANTAUAN

  1. Merancang dan melaksanakan lawatan inspektorat bagi menilai prestasi penyampaian perkhidmatan awam; dan
  2. Merancang dan melaksanakan program Mystery Shopping bagi agensi sektor awam terlibat dalam Penilaian Penarafan Bintang.

SEKSYEN INOVASI DAN PENGIKTIRAFAN

  1. Merancang dan melaksanakan Program  Inovasi dan Pengiktirafan Sektor Awam:
    i) Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM);  
    ii) Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA);
    iii) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA);
    iv) Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).
  2. Menyediakan khidmat nasihat mengenai EKSA;
  3. Melaksanakan pengauditan dan pensijilan EKSA; dan
  4. Menjadi sekretariat AIPM dan AISA.

                                                                                                                                                                    Dikemas kini pada 04.05.2018