orange green b
mampu

MAMPU SARAWAK

⦁ SEKSYEN PEMBANGUNAN ICT
    ⦁ UNIT PEMBANGUNAN DAN ADVISORI ICT
      1. Merancang dan melaksanakan program-program penggalakan pembudayaan penggunaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
      2. Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat ICT mengenai pelaksanaan dasar, polisi, standard, garis panduan dan program-program peningkatan                   pembangunan ICT perkhidmatan awam.
      3. Membantu memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik.
      4. Memantau perkhidmatan dan keperluan perkhidmatan 1Gov*Net di peringkat negeri.
      5. Mewakili MAMPU dengan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa ICT negeri .
      6. Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi projek Kerajaan Elektronik termasuk semua perkhidmatan ‘on-line’.

    ⦁ UNIT APLIKASI DAN SOKONGAN TEKNIKAL
      1. Membantu menyelaras dan memantau pelaksanaan laman web Sektor Awam.
      2. Memantau dan memberi sokongan teknikal projek-projek Kerajaan Elektronik di peringkat negeri.
      3. Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan keperluan ICT termasuk penyelenggaran perkakasan dan perisian, rangkaian dan sistem aplikasi
      4. Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberi sokongan teknikal untuk semua majlis dan program jabatan.
      5. Mengendalikan latihan ICT dalaman.

⦁ SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN
    ⦁ UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
      1. Mengurus tadbir pejabat MAMPU Cawangan Sarawak.
      2. Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
      3. Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
      4. Mengurus semua hal ehwal perhubungan awam dan perkhidmatan pelanggan.
      5. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara
      6. Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia.
      7. Mengurus tadbir hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan perpencen, kenaikan pangkat,             pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, persaraan dan tatatertib.

  ⦁ UNIT KEWANGAN DAN AKAUN
      1. Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
      2. Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
      3. Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
      4. Mengurus pesanan tempatan.
      5. Mengurus terimaan dan akaun Panjar Wang Runcit.
      6. Urusan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.


⦁ SEKSYEN TRANSFORMASI DAN PEMODENAN PENGURUSAN
  ⦁ UNIT ADVISORI
     1. Merancang dan melaksanakan program khidmat nasihat dan rundingan mengenai pelaksanaan program:
     2. Merancang dan melaksanakan kajian mengenai pelbagai aspek pembangunan pengurusan, pembangunan organisasi, transformasi dan inovasi di negeri          Sarawak.
     3. Melaksanakan program-program promosi dan hebahan program-program MAMPU di negeri Sarawak.

  ⦁ UNIT PEMANTAUAN DAN PENGIKTIRAFAN
     1. Merangka, merancang dan melaksanakan program turun padang/lawatan pemantauan ke semua jabatan/agensi Persekutuan.
     2. Menyedia dan membentangkan laporan program turun padang/lawatan pemantauan kepada pengurusan atasan MAMPU dan stakeholder.
     3. Membantu melaksana dan menyediakan laporan program pengredan agensi melalui kaedah Star Rating/anugerah.
     4. Menjalankan penilaian agensi-agensi Persekutuan dan Negeri untuk tujuan pengiktirafan.
     5. Mewakili MAMPU di dalam jawatankuasa-jawatankuasa penambahbaikan sistem penyampaian peringkat negeri.
     6. Menjalankan tugas keurusetiaan dan menguruskan Majlis Anugerah/KIK/Hari Inovasi/Hari Perkhidmatan Awam Sarawak

 

                                                                                                                                                                                                 Dikemas kini pada 04.05.2018