orange green b
mampu

HEBAHAN : KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN LUARAN MAMPU (KKPLM) BAGI SETENGAH TAHUN PERTAMA 2018

 

kajian kepuasan v3

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran MAMPU (KKPLM) bagi setengah tahun pertama 2018 seperti yang dikehendaki di bawah Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

Sebagai peneraju pemodenan pentadbiran perkhidmatan awam, MAMPU sememangnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti penawaran perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, organisasi swasta dan kementerian/jabatan/agensi kerajaan. Usaha ini juga dilaksanakan secara berterusan kerana MAMPU percaya bahawa perkhidmatan pelanggan yang responsif, mesra dan cepat merupakan teras kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan efisien, dan seterusnya berupaya memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
 
Sejajar dengan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat dan perkembangan teknologi semasa, kajian secara berkala ke atas perkhidmatan utama MAMPU merupakan salah satu proses penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan adalah seperti mana yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan.
 
Sehubungan dengan itu, pihak MAMPU ingin memohon jasa baik serta kerjasama Tuan/Puan agar dapat mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran MAMPU bagi Setengah Tahun Pertama 2018 melalui pautan di bawah:

 
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeGs-bONZk7kDoGdJ8vLXvOcv-8pBp7ixRQ-_vxooqtrXS6HA/viewform?usp=sf_link
 

Sebarang persoalan berkenaan kajian ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai MAMPU seperti yang berikut:
 

  1. Nama   : Encik Mohamad Husni Bin AB Aziz
    E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    No. Tel : 03-88723132

  2. Nama   : Encik Muhamad Alif Bin Musbri
    E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.No Tel  : 03-88727459

  3. Nama  : Puan Ungku Azreena Dewi Binti Ungku Chulan
    E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.          
    No. Tel : 03-88723135
     

Kerjasama dan perhatian daripada Tuan/ Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.