orange green b
mampu

Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kini dalam proses melaksanakan urusan pertimbangan pemangkuan bagi skim perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F48 ke Gred F52 (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan). Sehubungan itu, Jabatan ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ tuan/ puan untuk mengemukakan maklumat pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan pemangkuan bagi jawatan berkenaan. PTM Gred F48 layak dipertimbangkan pemangkuan ke Gred F52 apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-

2.1.    Dinaikkan pangkat ke gred F48 pada 30 April 2009 dan sebelum;
2.2.    Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2015, 2016 dan 2017) tidak kurang 80%;
2.3.    Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.4.    Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
2.5.    Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.6.    Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
2.7.    Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/ Tabung Pendidikan;
2.8.    Tidak hilang kekananan disebabkan faktor-faktor berikut:

i.    Cuti separuh gaji/ Cuti tanpa gaji; dan
ii.    Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen.

3.    Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang seperti di Lampiran I, Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C  yang disertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di bawah:

3.1.    Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini;

Catatan: Muka surat yang berkenaan sahaja iaitu catatan yang melibatkan:

i.    Tarikh pengesahan lantikan;
ii.    Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;
iii.    Tarikh kenaikan pangkat terakhir;
iv.    Cuti Tanpa Gaji (sekiranya ada);
v.    Cuti Separuh Gaji (sekiranya ada); dan
vi.    Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen (sekiranya ada).

3.2.    Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman/ penyelesaian (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
3.3.    Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terkini  (2015, 2016 dan 2017) (muka surat yang berkenaan sahaja);
3.4.    Satu (1) salinan Laporan Tapisan Keutuhan SPRM terkini; dan
3.5.    Satu (1) salinan Borang Penilaian Potensi Ketua Jabatan.

4.    Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ tuan/ puan adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap bagi setiap pegawai dari Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ tuan/ puan ke Seksyen Sumber Manusia, BKP MAMPU sebelum atau pada 28 September 2018 (Jumaat) ke alamat:

Ketua Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Aras 6, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Encik Piyapong a/l Soom Poon)

5.    Selain itu, diingatkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ tuan/ puan adalah bertanggungjawab untuk memastikan hanya permohonan daripada pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti di Perenggan 2 sahaja dikemukakan ke MAMPU. BPSM juga perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat. Sebarang kesilapan fakta yang telah disahkan oleh BPSM boleh menyebabkan permohonan tersebut tidak dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.

6.    Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh diajukan terus kepada saya atau pegawai-pegawai seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai No. Telefon E-mel [@mampu.gov.my]
1. Puan Nur Aimi Hakimah binti Md Fiah 03-88723183 nuraimi
2. Encik Sollihin bin Naim 03-88927430 sollihin

 Kemaskini pada 29 Ogos 2018