orange green b
mampu

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 & F54 yang telah memangku pada 31 Ogos 2017 dan sebelum. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi dan mengemukakan dokumen yang lengkap seperti berikut:

  1. Lampiran I, Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C yang terkini seperti yang dilampirkan;
  2. Salinan LNPT 2015, 2016 dan 2017;
  3. Salinan LNPK;
  4. Salinan Pengisytiharan Harta;
  5. Salinan Penyata Pembayaran/ Penyelesaian Pinjaman Pendidikan (sekiranya mempunyai pinjaman pendidikan);
  6. Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
  7. Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:

a)    Tarikh Pengesahan Lantikan
b)    Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan
c)    Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir
d)    Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada)
e)    Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji
f)     Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen
g)    Rekod Cuti Belajar yang diluluskan
h)    Maklumat Tatatertib  

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen yang telah lengkap diisi dan disahkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU pada atau sebelum 14 September 2018 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Encik Piyapong a/l Soom Poon)

Sebarang pertanyaan berhubung urusan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada Encik Piyapong a/l Soom Poon di talian 03-88723071  pegawai-pegawai berikut:

No. Nama Pegawai No. Telefon E-mel[@mampu.gov.my]
1.
Puan Nur Aimi Hakimah binti Md Fiah 03-88723090 nuraimi
2.
Encik Sollihin bin Naim 03-88927430 sollihin

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.