orange green b
mampu

Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT (JPPI) Sektor Awam ditubuhkan di MAMPU bagi menambahbaik ekosistem pengurusan pengurusan pemantauan projek ICT Sektor Awam. Penubuhan JPPI ini adalah setara dengan Jawatankuasa Penyelarasan Projek Pembangunan (JPPP) di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan akan melapor kepada JKTN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara berkala.     

TUJUAN

JPPI bertanggungjawab untuk mengukuhkan struktur tadbir urus pelaksanaan projek ICT Sektor Awam sedia ada dengan mempertingkatkan aspek pemantauan projek ICT Sektor Awam. Terma rujukan JPPI adalah:

•    Menyelaras perancangan pelaksanaan semua program/projek ICT sektor awam;
•    Memantau dan menilai pelaksanaan projek ICT sektor awam yang bernilai tinggi dan berkepentingan nasional;
•    Mengenal pasti dan menyelesaikan isu serta masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek ICT sektor awam; dan
•    Memperakukan sebarang perubahan dasar dan strategi pembangunan ICT.



KEAHLIAN JPPI

Pengerusi : Ketua Pengarah MAMPU
Pengerusi Silih Ganti : Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU

Ahli-ahli :
(a)    Wakil Kementerian Kewangan
(b)    Wakil Jabatan Peguam Negara;
(c)    Wakil Jabatan Audit Negara;
(d)    Wakil Unit Penyelarasaan Pelaksanaan;
(e)    Wakil Unit Perancang Ekonomi;
(f)    Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia;
(g)    Wakil Kementerian Dalam Negeri;
(h)    Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia;
(i)     Ketua Perunding ICT MAMPU; dan
(j)     Pengarah-pengarah ICT MAMPU;

Urus Setia : Sektor ICT, MAMPU


MAKLUMAT LANJUT

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT)

                                                                                                                                                                                                      Dikemaskini pada 14.08.2018